Hiasan dinding

Hiasan dinding wallpaper dan border

{ 12:28 PM, Wednesday 12 March 2008 } { Link }

Kertas dinding banyak kelebihan.

oleh http://widgetdesign.page.tl

Kemasan lembut  yang berupaya menyerap bunyi serta mudah disesuaikan

KERTAS dinding antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik.

Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding,

kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos.

Ada beberapa jenis kertas dinding dalam pasaran yang dihasilkan

dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan antara satu sama lain.

 

Kelebihan menggunakan kertas dinding.

Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.

Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir dan atau anda sendiri.

Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.

Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan digabungkan.

 

INFO: Panduan menggunakan kertas dinding

Pilih kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan dan gaya seni bina bangunan. Contohnya jika hiasan pada kertas dinding berkonsepkan gaya klasik seperti zaman Renaissance atau Boroque sedangkan konsep reka bentuk ruang dan seni bina bercirikan moden atau tradisional, sudah tentu tidak sesuai dan terkeluar dari karektor sebenar ruang dalaman.

Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pastikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang anda mungkin terlalu kecil untuk menerima corak yang terlalu besar.

Pemilihan corak dan gaya kertas dinding mestilah dikaji supaya kertas dinding yang dipilih dan dipasang boleh bertahan bagi jangkamasa lama kerana jika sesuatu corak dan gaya dipilih atas dasar emosi dan kehendak semasa, kertas dinding yang dipilih mungkin menimbulkan kebosanan dari segi tarikan estatik.

Hadkan apa juga pilihan bilangan corak dan warna pada kertas dinding dan selaraskan supaya ada kesan harmoni dan keseragaman. Minta pandangan profesional supaya pilihan pelbagai corak dan warna tepat dan ada nilai harmoni.

Tesktur pada kertas dinding boleh memberi kesan tiga dimensi pada dinding ruang dalaman. Pastikan tekstur itu mempunyai kualiti yang baik dan halus supaya perubahan tidak ketara dari satu ke satu ruang yang lain. Ini bagi mengelak berlaku gangguan visual dan ketenteraman ruang.

Walau bagaimana baik sekalipun kertas dinding digunakan tetapi jika kerja pemasangan tidak sempurna dan tidak dilakukan orang yang mahir, kertas dinding tidak dapat memainkan peranannya dalam ruang dalaman.

Sebelum membuat sebarang keputusan menggunakan kertas dinding, pastikan anda selaraskan dengan bahan kemasan lain dan pilihan perabot. Ambil contoh beberapa kertas dinding yang dipilih dan dipadan dulu dengan keseluruhan pilihan fabrik perabot, fabrik langsir tingkap dan warna dinding yang lain.

Ini bagi mengelak anda melakukan kesilapan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerugian.

 

Tip hiasan dinding - di adaptasi dari IMPIANA JUN 2007

Jika memasang kertas dinding ,elak corak keterlaluan . sebaiknya pilih warna natural dengan corak ringkas.

kumpulkan semua barang hiasan dan asingkan mengikut jenis, warna atau konsep. letakkan barang mengikut kumpulan untuk memberi kesan lebih tersusun.

jgn hadkan hiasan dinding pada bingkai gambar,lukisan dan cermin sahaja. boleh juga mngantung pinggan lama.

pasang rak dinding kecil untuk menghias sudut sempit,di atas rak ini boleh di letakkan lilin aneka warna atau cenderahati.

berhati-berhati ketika membeli barang hiasan di ruang pameran, barangan munkin cantik ketika di kedai namun janggal bila di padankan dengan keadaan dan hiasan rumah.

jgn buang perhiasan lama yang meningalkan kenangan pada diri , contohnya lukisan ketika di bangku sekolah atau gambar ketika kecil.gambar lama begini lebih berharga jika di bingkaikan.

pelbagaikan hiasan dinding di rumah.hamparan kecil mampu menarik perhatian tetapi cepat mengumpulkan dan tampak kusam.perlu rajin membersihkan supaya ia sentiasa tampak baru.

jika anda meminati lukisan tetapi tidak mampu membelinya,hasilkan lukisan sendiri,ia akan lebih bermakna.

kalau cat dinding berwarna gelap,pastikan hiasannya berwarna cerah.

minimumkan hiasan dinding untuk mengelak tetamu merasa serabut.

apabila meletakkan gambar,pastikan kedudukannya pada paras penglihatan mata.

pilihan perabot moden or tradisional juga di harus di ambil kira supaya dapat mengimbangi kesimbangan lukisan dan gambar yang di gantung.pastikan size gambar tidak melebihi 70% kelebaran dari perabot di ruangan itu.

untuk tampak kasual dan menarik cuba mengantung nya secara melintang.ia dapat membantu supaya ruang nampak lebih luas.

untuk nampak ruang tinggi,gantung secara menegak.

 

RUANG makan adalah antara pusat pertemuan di dalam rumah selain ruang tamu dan ruang keluarga. Ruang makan biasanya terletak di antara ruang tamu dan dapur. Ia menjadi pertemuan apabila tetamu dan keluarga ingin menjamu hidangan.

 

Ruang makan boleh didefinisikan sebagai suatu ruang yang sebahagiannya terpisah dari dapur dan ruang di mana keluarga dan tetamu bertemu untuk menikmati hidangan dan hiburan bersama. Oleh itu adalah penting ruang makan dirancang supaya kelihatan menarik, dalam suasana mesra dan lebih penting mestilah praktikal ketika menyediakan makanan dan minuman.

Dua jenis ruang makan: Ruang makan terbuka, ruang makan terbuka ini membolehkan aktiviti menjamu hidangan digabungkan bersama dengan aktiviti memasak. Oleh itu ruang dapur tidak terpisah dengan ruang makan. Susun atur perabot meja makan berbentuk kaunter atau berbentuk biasa digabung bersama kaunter memasak di bahagian ruang dapur.

 

Ruang terbuka sesuai digunakan pada ruang terhad seperti rumah apartmen atau rumah yang mempunyai ruang makan terhad. Gaya ini bagaimanapun mula digunakan bagi kediaman kondominium mewah kerana aktiviti memasak tidak perlu disembunyi dan perlu diadakan secara terbuka. Bagaimanapun sistem ruang makan terbuka memerlukan sistem sedutan udara baik dan peralatan dapur yang bersih dan kemas.

 

Ruang makan terpisah Ruang makan terpisah ini bermaksud terletak berasingan dari ruang lain terutama ruang dapur. Bagi kediaman yang besar dan mewah, ruang makan utama dikhususkan untuk majlis makan rasmi bagi tetamu istimewa. Ruang makan ini di hiasi mengikut kedudukan dan kemewahan mereka sedangkan bagi menikmati hidangan harian, ruang makan sederhana disediakan di bahagian lain.

 

Ada juga ruang makan yang sederhana terletak di dapur kering bagi menikmati sarapan pagi.

Ruang makan sarapan ini sesuai bagi mereka yang tidak memerlukan ruang makan yang besar kerana bilangan ahli keluarga sederhana dan mudah dikemas Ruang makan semestinya mengandungi satu meja dan beberapa kerusi yang boleh menampung untuk kegunaan keluarga dan tetamu duduk dan menikmati hidangan dan minuman.

 

Dalam melaksanakan tugas sebagai ruang makan beberapa panduan seperti ini perlu diambil perhatian; Meja bulat sesuai bagi menggalakkan suasana makan yang harmoni dalam keadaan yang mudah untuk bersosial. Susunan bulat akan menyebabkan sesiapa pun tidak tertinggal atau terpinggir, cuma bentuk meja makan bulat agak terhad dari segi bilangan kerana lagi besar bilangan lagi besar ruang yang diperlukan. Bilangan tempat duduk sekitar 8 - 10 orang adalah bilangan maksimum yang paling sesuai.

 

Jika memang memerlukan bilangan yang ramai mungkin boleh mencadangkan meja berbentuk bujur oval yang boleh dipanjangkan. Ruang makan terhad bukan alasan untuk pengguna ruang makan tidak berupaya menerima bilangan tetamu yang ramai kerana sistem meja makan lipat dan memanjang adalah yang paling sesuai dan praktikal. Pilih kerusi atau tempat duduk selesa, pilihan perlulah menepati kehendak keperluan antropometrik dan ergonomik saiz manusia. Pilihan saiz yang tepat membenarkan pengguna duduk tanpa berlaga lutut dan siku.

 

Selain daripada itu fikirkan juga saiz ruang yang diperlukan untuk menolak dan menarik kerusi ke belakang tanpa melanggar antara satu sama lain atau bahagian dinding dan perabot. Jika keluasan ruang membenarkan, sediakan ruang untuk penyediaan makanan dan mestilah terletak berdekatan dengan pintu atau lorong ke dapur. Troli mudah alih sesuai digunakan jika sukar untuk menyedia ruang penyediaan makanan.

 

Rancang ruang penyimpanan barang untuk penyediaan makanan dan minuman. Bagi mengelak dilihat, bina tempat penyimpanan secara bina kekal atau perabot konsol diletak berdekatan ruang makan bagi memudah untuk dikeluarkan apabila hendak digunakan. Meja empat segi sesuai digunakan dalam suasana makan secara terkawal dan lebih sopan selain penggunaan ruang juga boleh dirancang dan tidak memberi kesan ketara pada keseluruhan ruang makan. Cermin boleh digunakan sebagai nilai tambah pada ruang makan kerana kesan pembalikan memberi kesan keluasan ruang dari pandangan visual. Selain daripada itu sebagai penyeri dan penarik selera kerana refleksi cahaya lampu menerangi ruang dan refleksi ruang yang cerah akan membangkitkan selera.

 

FAKTA:

Pemilihan warna penting di ruang makan. Pilihan warna yang sekata akan memberi kesatuan pada ruang makan. Pilih warna panas (warna merah) secara psikologi boleh membangkit selera dan menceriakan ruang.

 

Jika ruang makan mempunyai fungsi berbeza seperti ruang makan dan ruang bekerja atau belajar, sediakan skrin, langsir atau pemidang yang boleh mengasingkan ruang kepada dua setiap satu dengan fungsi masing-masing.

 

Penggunaan cahaya memainkan peranan penting dalam ruang makan. Jika boleh dapatkan cahaya semula jadi memasuki ruang makan, jalinkan ruang makan kepada persekitaran luar dengan tumbuh-tumbuhan segar, landskap menarik, desiran air dan adakan aktiviti luar sebagai membakar barbeque di patio atau di dek kayu dan sambil duduk makan di ruang makan.
Adakan bukaan yang luas pada ruang makan supaya tetamu dapat menikmati persekitaran yang menarik dan ventilasi udara yang selesa kerana ini semua menyumbangkan keselesaan untuk menikmati hidangan tanpa ada bau yang kurang menyenangkan.

 

Pemilihan aksesori dan hiasan yang menarik dapat menambah seri kepada ruang makan. Aksesori mestilah tidak mematikan selera makan, bersih tidak berbau dan tidak melambang kesedihan. Gambar kejayaan dan kegembiraan keluarga, lukisan dan gambar alam semula jadi, suasana ceria amat sesuai diletak di kabinet, meja dan pada dinding.

 

Pilihan lampu yang menarik dan disesuaikan dengan susun atur perabot. Susunan lampu siling dan lampu dinding hendaklah diselaras bagi memberi kesan yang dramatik dan tidak menyilaukan mata.

 

Ruang makan adalah pelengkap ruang sosial dalam rumah kediaman. Ruang makan perlu sama hebat dengan ruang tamu kerana ruang ini selain digunakan untuk menjamu tetamu dan keluarga, ruang makan juga digunakan untuk berunding dan berbincang. Jadikan ruang makan antara ruang yang menjadi pilihan anda dan sentiasa menyeronokkan.

 




About Me

Home
My Profile
Archives
Friends
My Photo Album

«  December 2008  »
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031 

Links


Categories


Recent Entries

Hiasan dinding wallpaper dan border

Friends

free web hosting | free blog hosting | free article hosting